Walkie Talkie ! :)

Battle With Our Inner Self...

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ



credit to entri asal : click sini ! 


assalamualaikum.. saya saja nak kongsi satu entri yang saya rasa bermanfaat buat semuaa. saya tak copy sepenuhnya. untuk baca lebih lanjut boleh click link di atas yaa. masalah yang banyak dihadapi oleh insan insan di luar sana. okay, ambik mood and enjoy your reading yaa ! *wink*








* * *


 Ni tips aku untuk korang berubah perlahan lahan , jangan buat dgn drastik TAPI BENDA NI SEMUA TAKKAN JADI KALAU K0RANG TAKDE NIAT LANGSUNG NAK BERUBAH.
Jaga solat. Aku tak tipu, jaga solat krang. Mula mula kalau korang dapat jaga solat 5 waktu pun dah kira bagus. Lama lama tu jaga solat awal waktu pulak then try solat sunat pulak. Buat perlahan lahan. Yang penting solat.
Try to faham apa yang korang baca dalam solat tu. Even korang faham surah Al-fatihah pun okaylah. Bila kau faham, kau akan lebih khusyuk
Baca al-quran setiap hari & baca terjemahan dia. Aku kenkadang pun tak faham terjemahan dia, sebab disetiap sebalik ayat tu ada cerita tersendiri kenapa Allah turunkan ayat tu. Kau kena rajin, google kisah kisah tu.
Sebelum kau tidur, muhasabah. Benda ni orang ambil mudah sebenarnya even aku pun. Terus tidur malam malam tu. Tapi cuba fikir, apa kau rasa bila kau bangun esok nya kau dah dalam alam kubur. Kau dah tak sempat nak buat apa apa. Kau mula menyesal sebab kau tak bertaubat. so before tidur, fikir dulu dosa apa yang korang dah buat haritu & minta ampun kat Allah. Kita tak pernah tahu bila last kita hidup.
Kawan.. orang selalu cakap, jauh kawan yg jahat, pergi cari kawan yang baik. tapi kau nak buat macam mana kalau kawan yang kau ada sekarang memang perangai setan setan macam kau, takkan nak buang dorang tetiba macamtu je. Dorang dah banyak tolong kau. Aku selalu fikir macamtu dulu. Tapi bila kau ada niat nak berubah, Allah tolong kau jumpa orang yg baik baik.  In Sha Allah, Allah akan tolong kau.
Spend masa berdoa lepas solat. orang selalu doa gegitu je pastu blah. Entah doa apa tah. Cuba kau duduk, doa dkt Allah. Minta Allah lembutkan hati kau, minta Allah ampunkan dosa kau. Cuba duduk berdoa.
 Banyakkan dengar lagu islamik, video islamik, cerita islamik. Kau kena dekat diri kau dengan agama. 
Kalau kau malas, takde siapa boleh tolong kau.

PERCAYA. 
Percaya dengan rahmat Allah. percaya yang Allah akan tolong kau kalau kau tolong diri kau. percaya yang Allah akan balas balik perkara baik yang kau buat kat dunia. Percayalah.
Kalau korang rasa nak buat benda jahat, ingat lah neraka Allah macam mana. Kita selalu tak sedar sebab kita tak pernah rasa tapi ingatlah apa yang Allah cakap dalam Alquran tu semua janji Allah, Kau buat dosa kau tak taubat, neraka tempat kau. Kau buat baik, kau beriman, syurga tempat kau. Konsep dia senang je, tinggal kau je nak buat ke tak.
Jangan terlalu sayang kan dunia. Fikir pasal akhirat kau. pengakhiran kau. kita hidup akhir zaman ni mmg banyak ujian. Dengan entertainment lagi, budaya barat, duit etc. Tapi semua tu akan berakhir, tinggal kau dengan amalan kau je akhir nanti. So do the best. Hidup ni exam jugak.
LASTLY, JANGAN PUTUS ASA. BENDA NI MMG PENAT. TAPI INGATLAH ITS W0RTH EVERY SACRIFICATI0N Y0U MADE. ALLAH SAYANG K0RANG SEMUA. INGAT TU. TAUBATLAH.
Aku harap korang doakan aku terus istiqamah dan aku doa korang pun terbukak hati dan diberikan hidayah oleh Allah untuk berubah. Sama sama kita berubah kearah lebih baik.
* * *
Thanks for reading guys. harap bermanfaat. jangan lupa clicks entri asal kalau nak baca penuh. saya saja ambil yang sesuai tanpa mengubah maksud asal entri. hihi. salam Istiqomah ~
To change is easy but Istiqomah is... HARD. 
Battle with our innerself is 100 times harder than anything else. 


Love, Anna :)


No comments: