Walkie Talkie ! :)

Bersabarlah duhai hati...

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ

assalamualaikum...


Menangislah kalau harus menangis... 
kerana kita semua manusia.
manusia yang boleh menangis kerana terluka... 
dan mengambil hikmah dari penyebab tangisan...

Ingatlah...
hanya dengan mendekali Allah, hati akan menjadi tenang...

Ada kalanya kita akan kata " Tak ada apa-apa "
tapi dalam hati kita, hanya Allah sahaja yang tahu keperitan itu bagaimana...
Ada perkara yang kita tak dapat nak ceritakan pada sahabat,
dan mengadulah pada Allah. Dia maha mendengar =)

Dan Ingatlah...:

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.

Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

Itulah ketentuan Ilahi...
 



sekian saja.. assalamualaikum.. anyeong ^^

Stay Strong... Allahkan ada...

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ



assalamualaikum wahai sahabat...

sudah lama terasa mau post pasal ketabahan seorang kawan yang sangat dikagumi. kawan yang cukup tabah mengharungi dugaan yang telah tertulis untuknya. sungguh bagiku dia seorang insan terpilih dan teristimewa. dari ketabahannya itu, aku belajar banyak dari mereka.

Namanya, sahabat.
Dugaan dalam hidupnya cukup membuatkanmu lebih kuat. kamu tidak mengeluh malah bersyukur. ya, pasti jutaan bibir mampu berkata, 'jangan mengeluh... tapi bersyukurlah'. tapi kadang-kadang ia hanya terluah dibibir sahaja. sahabat yang seorang ini, aku lihat sendiri bagaimana dia berusaha mempertahankan kebenaran yang berdiri utuh dipihaknya agar tidak dikaburkan oleh penipuan orang lain.

sahabat yang satu ini, berusaha senyum walau luka di hatinya siapa yang tahu. ingin sekali aku katakan, usahlah tersenyum, aku tahu luka dihatimu... tapi ia akan memburukkan lagi keadaan. biarlah senyuman itu sentiasa menemanimu... kerana, bagiku... indahnya senyuman itu :)
dari paksaan, biarlah ia menjadi ikhlas...

sungguh aku kagum denganmu sahabat. sungguh indah peribadimu. sungguah ikhlasnya hatimu.... aku sentiasa berdoa agar bertemu lebih banyak lagi sahabat sepertimu agar aku dapat belajar lebih banyak dari mereka.

sahabat, pesanku buatmu... teruslah dekatkan dirimu pada Allah. hanya Dia yang tahu yang terang lagi tersembunyi. segalanya datang dariNya... dan akan kembali padaNya. sungguh kau insan terpilih. dan bersyukurlah disetiap anugerahNya untukmu.

Dan, sahabat, setiap yang hilang, ia adalah mesej dari Allah, bahawa ada yang lebih baik yang akan datang. jadi, hapuskan kesedihan... tiada alasan untuk bersedih :) jika memang hanya redha satu-satunya pilihan, maka redhalah. serahkan pada Allah.. kerana pada hakikatnya, kita memang hanya seorang HAMBA :)

kepada sahabat, maafkan jika aku tiada jika kau benar-benar memerlukan aku, tapi doaku... insyaallah, selalu ada untuk mu...

***
Thanks for being my bestie...




sahabat yang satu ini = kamu semua.. sarangheao chinggu ya... hihi. terima ksih 1,2,3jade... 4,5 baiduri dan 6Pra-Ukm...

p/s : pesan dari sahabat yang tidak sempurna ini :)  Love u fren... anyeong ^_~