Walkie Talkie ! :)

PengHijrahan itu Pahit kerana SYURGA itu manis.

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ



 :: Assalamualaikum sahabat. . . Ingin Anna kongsi sedikit bicara tetang pahitnya penghijraan buat ingat untuk dirii Anna dan untuk mereka yang memerlukan... 
(。◕‿◕。) 

Dari tak pakai tudung. Mula memakai tudung. Dari tudung singkat. Mula labuhkan tudung. Dari labuhkan tudung. Mula melabuhkan lagi dan lagi. Dari tangan terdedah. Mula ditutup baju lengan panjang. Dari ditutup dengan baju. Mula pakai sarung tangan. Dari kaki terbuka. Mula tutup biar tak terdedah. Ingat senang ke semua tu? Ingat mudah ke nak tempuh semua tu? 

Belum lagi tempuh cacian orang. Belum lagi tempuh pandangan sedara mara. Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan. Ya semua tak mudah. Dalam perit menerima kritikan dan kejian. NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH? YANG PALING PERIT ADALAH... bila orang pandang kita baik. Pandang kita sempurna. Pandang kita cukup terjaga. 



Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa. Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa. Lagha sini sana. Kpop merata rata. Ikhtilat entah kemana. Gelak tak ingat dunia. Gedik terkinja2. Sedangkan, Orang ingat, Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya. Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya. Muslimah tertutup itu sempurna orangnya. Sedih bukan dianggap begitu? Sedangkan diri tak seindah itu.

 Orang yang memandang itu tak tahu. Apa yang muslimah itu rasa. Apa yang muslimah itu tempuh. Dalam waktu2 dia mencuba. Orang itu tak tahu. Muslimah itu kadang kadang rapuh. Kadang kadang jatuh. Kadang kadang tak utuh.Kadang kadang menyimpang jauh. Muslimah itu kadang kadang tersasar. Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.Kadang kadang terpesong dari landasannya. 

Orang itu tak tahu. Muslimah itu sama. Manusia biasa. Ada rasa. Ada jiwa. Orang itu tak tahu. Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia. Kerana dia sedar. Hatinya tidak sejernih yang orang lain kata. Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya. 

Tabah lah muslimah. Andai jalan itu yang di pilih. Allah telah pun memelihara kita. Allah telah menjaga kita. Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita.

"Islam datang dalam keadaan yang asing. Dan ia akan kembali asing sebagaimana kedatangannya. Beruntunglah orang-orang yang tergolong asing itu." (HR Muslim)


Credit to, Sahabat Baik Anna : Marlinih Nasir @ Nur Syamimie MawaDdah ツ

Sebenarnya, Allah rindukan kita...

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ

Pernah tak tiba tiba rasa sebak? 
Pernah tak tiba tiba rasa sedih? 
Pernah tak tiba tiba rasa rindu? 


Tapi semua tak tahu kenapa? Tak tahu sebab apa? 


Itu tanda nya Allah rindu. Allah rindu rintihan DOA dan HAJAT kita. Cuba ingat balik. Bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita pada Allah?


Semalam? 
Kelmarin? 
Minggu lepas? 
Tak pernah langsung?  


Ingatlah. Allah sedang rindu.. 


Mungkin dengar nasihat, rasa teruntun hati tu. Padahal takda ayat touching pun. Tapi kita yang over over nak rasa sebak pulak. No no. Itu rasa Allah yang bagi . 


Cuba kalau...
Rasa sedih sebak nak menangis. 
Kita cepat cepat pergi toilet. 
Bukak paip dan amik wudhu'. Masa amik wudhu tu hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu. Konfem makin lebat hujan air mata. Sebab apa? Sebab nak pergi jumpa Allah ni. 


Hamparkan sejadah. Solatlah. Doalah. Mintalah. Allah dengar. Allah rindu tu. Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu


Nah. Lepas siap mengadu. Mesti rasa lega. Sebab Allah dah dengar rintihan kita. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang. . 


Walaupun tiada bahu untu bersandar untuk melepaskan rasa sedih kecewa marah,
tapi.. kita masih ada lantai untuk bersujud. Kita masih ada Allah untuk di adukan segala masalah.


Okay. Jangan bersedih lagi. 
La tahzan. Innallaha ma'ana..


Sebarkan bahagia.


Moga Allah Redha

Wallahu'alam



Jika Allah tak bagi apa yang kita minta sekarang bukan bermakna Allah tak sayang kita. Allah rindu nak dengar kita meminta kepadanya. Menitiskan air mata demi pertolonganNya.
Percayalah kadang kala kita tak sedar bahawa Allah menunaikan permintaan kita dengan sesuatu yang lebih baik.
:: copy + edit + tambah sedikit. semoga bermanfaat :)