Walkie Talkie ! :)

Trip In Sandakan Sabah.

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ

assalamualaikum. siapa tahu di mana letaknya sandakan? cuba angkat jari kaki. ehh tak nampak. hahaha. macam orang bod*h pula taip taip begini ni. hahaha.

saja nak tulis balik cerita pasal trip in Sandakan hari tu. Tidak sempat tulis hari tu sebab aku stress and severe frust sbb sesetengah picture hilang. "Terdelete Tanpa Sengaja" tulaaa, suka sangat tengok Drama Tersuka Tanpa Sengaja hari tu smapi semua berlaku tanpa sengaja. Haha

asal plan nak jalan jalan ni kami 7 orang. #sisterbyheart. tapi faham faham la last minit mesti ada masalah. satu sebab mak datang melawat. satu sebab boyfriend tak bagi. satu sebab bapa tak bagi. okay akhirnya tinggal 4 orang. sedihnyaaa. tapi apa orang kata, dont stop to do what you like even when you are alone.

Plan Waktu Malam :

semua (me, aleen, farah, mida) sepakat lepas subuh tu terus bersiap. Jam 6 begitu kita oarng boleh bertolak daaa. tapi tahu tahu la kalau semuaa janji pun hangat-hangat tahi ayam. 6.30 baru mandi sebab sejuk kata laa sangat kan. haha.



7.30 am :
kita baru bertolak dari hostel untuk cari tempat makan memandangkan perjalanan jauh jadi perut mesti di layan dulu.

8.50 am :
sampai ke Sepilok Sandakan. tiket masuk RM5 seorang. Jalan tanpa guide. kita redah saja laaa. 








Ini on the way ke Bornean Sunbear. Ini saja gambar yang tinggal T.T
tapi masa dekat sini terpaksa kita berulang alik ke pondok gate sebab ada monyet naughty. haha. kata guide tu monyet tu suka kacau perempuan, tsk tsk tsk. insaf insaflah kau monyet. 






Destinasi seterusnya ke  RDC. okay ini singgah bergambar saja sebab aku kalau pasal pokok pokok tidak berapa nak minat, hehehe.


Okay lepastu kita orang pergi ke Taman Jalil Alip. tiket masuk RM 4. masuk sana ramainya family makan bersama. kitaorang tiada bawa bekal so telan liur saja la yaa. haha. lagipun sebenarnya Taman Jalil Alip ni termasuk dalam plan Tanpa sengaja juga >.<




okay ini bukan free yaa, rm 10 / 15 minit. hmmm. ku relakan kulit muka habis terbakar demimu basikal air. masa baru mau naik tu terkeluar lagi suara jantan sebab takut. hahaha >.< tapi bila sudah stabil and round round macam tak nak berhenti pun ada. :p



Okay Next is Taman Buayaa. Tiket Masuk RM10 seorang. nasip la yang mahu kena tengok ni buaya air. kalau buaya darat, sesen pun tak hingin akak. hahaha. ehh bukan buaya darat banyak berkeliaran kah? free saja nampak. :p




dalam Taman buaya ni bukannya semua buaya sajaaa. banyak lagi binatang binatang comel dan cantik. contohnya, memerang, merpati burung merak. tapi sad to say that the picture has been deleted by my pakinson hand. Haha. tsk tsk tsk




Okay destinasi last sekali ialah Tokong Buddha yang terletak atas bukit. nasib driver kitaorang champion jugaa untuk sampai ke sini. view-nya subahanallah. I Like it. tapi sedih sebab gate utama berkunci. haha, kami datang lewat. mungkin. its okay, next time masih ada kan. :)






okay begitulah ceritanya Trip In Sandakan Sabah, me and my friend at 271116.  I write it because one day when we are all far apart, this memory are remind us that we are #sisterbyheart forever yaaa. saranghae <3

aku sangat suka Travel. one of my big dream is, I want to travel the worlds. someday? In Shaa Allah.

live your youth without regrets :D

Love,

youarelove Anna. 

"Pasangan Abadi"

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ

assalamualaikum ...

teringat pula pada pasangan yang sangat romantik masa praktikal dulu. nampak biasa pada mata kasar. tapi bila aku perhatikan mereka, aku tersenyum sendiri.

si suami menjaga isterinyaa yang terpaksa di tahan di ward untuk beberapa hari. kalau aku tak silap mungkin klien itu dalam lingkungan > 60 tahun. dari segi pakaian aku tahu mereka bukan dari keluarga yang senang. siang malam suami sentiasa di sisi. hatiku tergerak untuk tahu lebih lanjut kehidupan mereka, lebih dari apa yang tertulis pada file pesakit.

selepas sesi suai kenal hahaha, aku tanya asal mana. walaupun aku bukan penduduk sana tapi aku tahu tempat tu tak la jauh sangat. aku tanya anak mana, pakcik tu jawap kerjaa.

"tidak datang melawat ka?'' soalan itu pula yang keluar. mahu saja aku tampar mulut yang celupar ni. rasa bersalah sangat masa tuu.

pakcik senyum saja. "semuaa ada family sendiri sudah untuk di jagaa. lagipun semua anak pakcik jauhh"

aku hanya senyum. berfikir fikir mahu respon apa tapi aku buntu. rasa bersalah sangat ketika tu. banyak banyak benda yang boleh ditanya, soalan itu juga yang terkeluar.

bila makan tengah hari aku perhati pakcik tu. pakcik tu bahagikan makan tengah hari tu kepada duaa. yang satu di simpan dan yang satu lagi tu pak cik tu makan.

 'mungkin kurang selera' itu anggap ku pada mulanyaaa. bila aku hantar bekas makanan isterinya ke pantry ward, aku sempat bertanya pada pakcik tu kenpa dia bahagikan makanan tadi.

pakcik tu jawap, "untuk makan petang". aku terdiam sekejap, angguk dan senyum.

bila minum malam, isteri pakcik tu mungkin tiada selera makan, sebab Bun tadi diberikan pada pakcik tu. perkara yang sama, pakcik tu tetap bahagikan kepada duaa. aku tanya lagi perkara yang sama. busybodybetulkan.haha pakcik tu tetap beri jawapan yang sama, untuk tengah malam kalau lapar.

bila masa mahu tidur, pakcik tu uruskan isterinya. posisikan dan selimutkan. sebelum isteri nya tidur aku nampak seperti mereka sedang berceritaa. kadang isteri yang senyum, kadang suami yang tersenyum. agak lama juga aku perhatikan mereka. selepas isterinya betul-betul tidur, pakcik tadi bangun dari tempat duduknya dan mengusap kepada isterinya. dari jauh aku nampak bibir pakcik tu seolah olah berbisik 'semoga cepat sembuh'. selepastu barulah pak cik tadi bentangkan kain nipisnya di sisi katil isterinyaa.

aku tak tahu kenapa, tapi situasi itu sepeti mengajar aku banyak perkaraaa.

mungkin Tuhan mahu aku jadi anak yang baik. yang tahu menghargai orang tuaa. mungkin Tuhan mahu mengajarkan aku untuk sentiasa berfikiran positif. mungkin Tuhan mahu mengajarkan aku bahawa cinta sejati tu masih wujud di dunia yang kejam ini. mungkin Tuhan mahu mendidik aku untuk menghargai setiap detik kita bersama orang orang yang kita sayang.

fall in love is easy. everyone can do it. but stay forever will the one that you love is, not everyone can do. only the special one.
terima kasih pakcik, semoga menjadi pasangan yang sama sampai ke syurgaa :)

salam blogger,

anna :)