Walkie Talkie ! :)

Trip In Sandakan Sabah.

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ

assalamualaikum. siapa tahu di mana letaknya sandakan? cuba angkat jari kaki. ehh tak nampak. hahaha. macam orang bod*h pula taip taip begini ni. hahaha.

saja nak tulis balik cerita pasal trip in Sandakan hari tu. Tidak sempat tulis hari tu sebab aku stress and severe frust sbb sesetengah picture hilang. "Terdelete Tanpa Sengaja" tulaaa, suka sangat tengok Drama Tersuka Tanpa Sengaja hari tu smapi semua berlaku tanpa sengaja. Haha

asal plan nak jalan jalan ni kami 7 orang. #sisterbyheart. tapi faham faham la last minit mesti ada masalah. satu sebab mak datang melawat. satu sebab boyfriend tak bagi. satu sebab bapa tak bagi. okay akhirnya tinggal 4 orang. sedihnyaaa. tapi apa orang kata, dont stop to do what you like even when you are alone.

Plan Waktu Malam :

semua (me, aleen, farah, mida) sepakat lepas subuh tu terus bersiap. Jam 6 begitu kita oarng boleh bertolak daaa. tapi tahu tahu la kalau semuaa janji pun hangat-hangat tahi ayam. 6.30 baru mandi sebab sejuk kata laa sangat kan. haha.



7.30 am :
kita baru bertolak dari hostel untuk cari tempat makan memandangkan perjalanan jauh jadi perut mesti di layan dulu.

8.50 am :
sampai ke Sepilok Sandakan. tiket masuk RM5 seorang. Jalan tanpa guide. kita redah saja laaa. 








Ini on the way ke Bornean Sunbear. Ini saja gambar yang tinggal T.T
tapi masa dekat sini terpaksa kita berulang alik ke pondok gate sebab ada monyet naughty. haha. kata guide tu monyet tu suka kacau perempuan, tsk tsk tsk. insaf insaflah kau monyet. 






Destinasi seterusnya ke  RDC. okay ini singgah bergambar saja sebab aku kalau pasal pokok pokok tidak berapa nak minat, hehehe.


Okay lepastu kita orang pergi ke Taman Jalil Alip. tiket masuk RM 4. masuk sana ramainya family makan bersama. kitaorang tiada bawa bekal so telan liur saja la yaa. haha. lagipun sebenarnya Taman Jalil Alip ni termasuk dalam plan Tanpa sengaja juga >.<




okay ini bukan free yaa, rm 10 / 15 minit. hmmm. ku relakan kulit muka habis terbakar demimu basikal air. masa baru mau naik tu terkeluar lagi suara jantan sebab takut. hahaha >.< tapi bila sudah stabil and round round macam tak nak berhenti pun ada. :p



Okay Next is Taman Buayaa. Tiket Masuk RM10 seorang. nasip la yang mahu kena tengok ni buaya air. kalau buaya darat, sesen pun tak hingin akak. hahaha. ehh bukan buaya darat banyak berkeliaran kah? free saja nampak. :p




dalam Taman buaya ni bukannya semua buaya sajaaa. banyak lagi binatang binatang comel dan cantik. contohnya, memerang, merpati burung merak. tapi sad to say that the picture has been deleted by my pakinson hand. Haha. tsk tsk tsk




Okay destinasi last sekali ialah Tokong Buddha yang terletak atas bukit. nasib driver kitaorang champion jugaa untuk sampai ke sini. view-nya subahanallah. I Like it. tapi sedih sebab gate utama berkunci. haha, kami datang lewat. mungkin. its okay, next time masih ada kan. :)






okay begitulah ceritanya Trip In Sandakan Sabah, me and my friend at 271116.  I write it because one day when we are all far apart, this memory are remind us that we are #sisterbyheart forever yaaa. saranghae <3

aku sangat suka Travel. one of my big dream is, I want to travel the worlds. someday? In Shaa Allah.

live your youth without regrets :D

Love,

youarelove Anna. 

"Pasangan Abadi"

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ

assalamualaikum ...

teringat pula pada pasangan yang sangat romantik masa praktikal dulu. nampak biasa pada mata kasar. tapi bila aku perhatikan mereka, aku tersenyum sendiri.

si suami menjaga isterinyaa yang terpaksa di tahan di ward untuk beberapa hari. kalau aku tak silap mungkin klien itu dalam lingkungan > 60 tahun. dari segi pakaian aku tahu mereka bukan dari keluarga yang senang. siang malam suami sentiasa di sisi. hatiku tergerak untuk tahu lebih lanjut kehidupan mereka, lebih dari apa yang tertulis pada file pesakit.

selepas sesi suai kenal hahaha, aku tanya asal mana. walaupun aku bukan penduduk sana tapi aku tahu tempat tu tak la jauh sangat. aku tanya anak mana, pakcik tu jawap kerjaa.

"tidak datang melawat ka?'' soalan itu pula yang keluar. mahu saja aku tampar mulut yang celupar ni. rasa bersalah sangat masa tuu.

pakcik senyum saja. "semuaa ada family sendiri sudah untuk di jagaa. lagipun semua anak pakcik jauhh"

aku hanya senyum. berfikir fikir mahu respon apa tapi aku buntu. rasa bersalah sangat ketika tu. banyak banyak benda yang boleh ditanya, soalan itu juga yang terkeluar.

bila makan tengah hari aku perhati pakcik tu. pakcik tu bahagikan makan tengah hari tu kepada duaa. yang satu di simpan dan yang satu lagi tu pak cik tu makan.

 'mungkin kurang selera' itu anggap ku pada mulanyaaa. bila aku hantar bekas makanan isterinya ke pantry ward, aku sempat bertanya pada pakcik tu kenpa dia bahagikan makanan tadi.

pakcik tu jawap, "untuk makan petang". aku terdiam sekejap, angguk dan senyum.

bila minum malam, isteri pakcik tu mungkin tiada selera makan, sebab Bun tadi diberikan pada pakcik tu. perkara yang sama, pakcik tu tetap bahagikan kepada duaa. aku tanya lagi perkara yang sama. busybodybetulkan.haha pakcik tu tetap beri jawapan yang sama, untuk tengah malam kalau lapar.

bila masa mahu tidur, pakcik tu uruskan isterinya. posisikan dan selimutkan. sebelum isteri nya tidur aku nampak seperti mereka sedang berceritaa. kadang isteri yang senyum, kadang suami yang tersenyum. agak lama juga aku perhatikan mereka. selepas isterinya betul-betul tidur, pakcik tadi bangun dari tempat duduknya dan mengusap kepada isterinya. dari jauh aku nampak bibir pakcik tu seolah olah berbisik 'semoga cepat sembuh'. selepastu barulah pak cik tadi bentangkan kain nipisnya di sisi katil isterinyaa.

aku tak tahu kenapa, tapi situasi itu sepeti mengajar aku banyak perkaraaa.

mungkin Tuhan mahu aku jadi anak yang baik. yang tahu menghargai orang tuaa. mungkin Tuhan mahu mengajarkan aku untuk sentiasa berfikiran positif. mungkin Tuhan mahu mengajarkan aku bahawa cinta sejati tu masih wujud di dunia yang kejam ini. mungkin Tuhan mahu mendidik aku untuk menghargai setiap detik kita bersama orang orang yang kita sayang.

fall in love is easy. everyone can do it. but stay forever will the one that you love is, not everyone can do. only the special one.
terima kasih pakcik, semoga menjadi pasangan yang sama sampai ke syurgaa :)

salam blogger,

anna :)

Heba El-Haddad ' s Quotes

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ

assalamualaikum warga alam mayaa. terlebih rindu pula hari ini. tiba-tiba rasa gatal sangat tangan nak menaip. sejak sesi praktikal yang sangat sangat busy, so hari ni kita santai laa dulu. bancuh secawan kopi, renung kipas yang tidak henti berputar kesian kau kipass and play some music. ohh its my fav song..*excited terus..

" You might be married to the worst man on earth, 
like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah). 

You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife,
yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. 

You might not be married at all,
like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth. 

Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives " 

Heba El-Haddad 

 blogwalking sekejap dekat blog dr. fatin. maniss saja orangnyaa :)

* assignment berlambak. escape sekejap dari duniaa student. haha. okei, gudbye. salam :)



Tips Menabung by Anna

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ

alhamdulillah duit dah masyuk dengan selamatnya. terasa sungguh bahagia sampai tak dapat tidur. siang malam termimpi-mimpi si pujaan hati yang datang hanya setiap bulan sekali. kehkehkeh. terlebih emosional pula malam ni. hahaha

lepas tu belek belek buku budjet 2016 permaisuri raja ni. panjangnyaaaa list T^T. pangkah itu ini. still panjang. lebih 120 patah perkatan. kalau UPSR dulu dulu ni dah lulus. hahaha. by the way, tujuan asal makcik menaip malam ni untuk share sedikit cara menabung  yang simple dan senang. tak tahu lah kalau korang setuju yee..

1. BUKA BUKU ACCOUNT BARU.

~ bank in duit dalam buku ni setiap bulan! tak kesahlah 10 ringgit dan ke 100 ringgit. ikut kemampuan korang masing-masing. WAJIB SETIAP BULAN. anggap saja hutang yang perlu anda bayar setiap bulan. kalau tak bayar, ada TUNGGAKAN. kalau duit gaji tu 3k sebulan, simpan la 100 dan keatas. memang kedekut mak nenek kau la kalau simpan 10 ringgit saja. ingat, duit tu untuk kita jugaaa. kalau yang bergaji sederhana, jangan pula terlebih semangat wajah simpan separuh terus. nanti kau juga yang garu kepala nanti! ingat, batu tu tak boleh dimakan tau. hehehe.

2. TABUNG MEMILIH.

~ actually maksud anna sini, sediakan tabung yang luar biasa. luar biasa? yupss! bukan tabung kita yang kita sumbat 10sen 20sen 50sen tu. tabung ni kita tetapkan duit apa yang WAJIB masuk dalam. contohnya, RM5. asal ada duit 5 ringgit, WAJIB MASUK DALAM TABUNG. no excuse. kalau pilih seringgit pun boleh. ikut suka hati. KORANG DILARANG KERAS BELANJAKAN DUIT YANG KORANG TETAPKAN UNTUK MASUK KE DALAM TABUNG. kalau nak cepat, cuba caraa ni. tapi kalau cepat pokai tak tanggung yeee. ini untuk yang semangatnya kuat! huhuhu.

Dua cara menabung yang boleh korang try. Tips sampingan untuk save money banyak laa. contohnyaa,
- listkan barang sebelum beli. anna ada sediakan buku budjet setiap bulan. contohilah anna. hahaha. tapi ikut ke tidak tu, hal masing masing yee. wkwkwk
- Tahan Nafsu. bisik pada diri "suhh syaitanirrojim. p main jauh-jauh. kalau mau itu ini beli sendiri. jangan goda aku" semoga diri insaf seketika. hahaha.

Beli apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita mahu. Ingat setiap harta kita akan dipersoalkan diakhirat nanti.

okay guys, itu saja untuk hari ini.. kalau korang nak share tips menabung boleh sajaaa. manatau esok esok boleh kayaa. hahaha. assalamualaikum alam maya's buddy :)

quiz : banyak banyak bunyi, bunyi apa paling best dengar?
answer : bunyi "grrrrrrrr" mesin atm. >.< hahahahaha



Ibu adalah pinjaman terindah ♡

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ


assalamualaikum my alam maya's friend. selamat menyambut mother's day you alls !

walaupun esok my first paper, masih gatal juga nak berjinak jinak bermanja manja dengan internet ni. online saja mana mana full dengan 'happy mother's day' nyaa. walaupun sebenarnyaa happy mother's day ni hari hari, setiap detik dan setiap saat, tapi mungkin kita sering lupa nak beritahu pada wanita yang paling cantik di dunia bahawa kita sayang mereka. I Love You MaMa !

Ambillah keberkatan dari ibu selagi ibu masih ada. kerana bila ibu sudah menutup mata untuk selamanya, hilanglah satu keberkatan dari Allah untuk kitaa.

Hargailah insan yang bernama Ibu ! Insan yang sangat setiaa bersama kita. walau seteruk manapun anak, hanya ibu yang boleh terima kita dengan seikhlasnyaaa. jangan bila dah kehilangan baru nak hargai. sebab ibu tidak akan pernah ada pengganti. kekasih ? kalau curang boleh di cari. suami isteri? kalau pergi boleh kahwin lagi. tapi ibu? kalau dah pergi kita tak akan boleh ditukar ganti.

Ibu adalah pinjaman Tuhan yang paling Sempurnaa 🌹

to my beautiful lady, my inspirasi, my love, my syurga :
@ and all mother out there ~

" happy mother's day! may Allah bless you dunia akhirat. you are the one and only. my love for you is never die. mom, missing you is my hobby. caring for you is my job. making you happy is my duty. loving you is my life. thank you for everything. your love, your smile is my hapiness.
I LOVE YOU ❤ - your little princess :D"


Selamat Hari Ibu !

Selamat Hari MaMa !

Selamat Hari Umi !

Happy Mother's Day 🌹

~ appreciate your angel ♡


Inspirasi ♡

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ

hello my alam maya's friend ♡ today kita ada masa lapang sikit. after taklimat exam for this sem, kita terbuka hati mau melawat encik kekasih hati, Mr. Blog ni yang sudah lama berhabuk.
*uhuk uhuk 😷* ciannyaaa dieee T^T
untuk exam final yang bermula esok, doakan Anna yaa ♡

sebenarnyaa saya cuba nak share sikit quotes dari drama 'oh my venus'.  ♡


• Its easy to find someone that you love. Its easy to find someone that love you. but, its not easy to find someone that you love but love you too •

• Do you know why the past is so important to us? Because we need to learn from it •

• It may look fine on the outside but we need time to heal everything •

• I can do anything as long as I set my mind to it. If you believe it, you can do it. because you believe that you can •

• we can't just give up. just because we scared of something •

***

thats all for today. wish me luck for final exam yaa ! assalamualaikum ♡