Walkie Talkie ! :)

Tips Menabung by Anna

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ

alhamdulillah duit dah masyuk dengan selamatnya. terasa sungguh bahagia sampai tak dapat tidur. siang malam termimpi-mimpi si pujaan hati yang datang hanya setiap bulan sekali. kehkehkeh. terlebih emosional pula malam ni. hahaha

lepas tu belek belek buku budjet 2016 permaisuri raja ni. panjangnyaaaa list T^T. pangkah itu ini. still panjang. lebih 120 patah perkatan. kalau UPSR dulu dulu ni dah lulus. hahaha. by the way, tujuan asal makcik menaip malam ni untuk share sedikit cara menabung  yang simple dan senang. tak tahu lah kalau korang setuju yee..

1. BUKA BUKU ACCOUNT BARU.

~ bank in duit dalam buku ni setiap bulan! tak kesahlah 10 ringgit dan ke 100 ringgit. ikut kemampuan korang masing-masing. WAJIB SETIAP BULAN. anggap saja hutang yang perlu anda bayar setiap bulan. kalau tak bayar, ada TUNGGAKAN. kalau duit gaji tu 3k sebulan, simpan la 100 dan keatas. memang kedekut mak nenek kau la kalau simpan 10 ringgit saja. ingat, duit tu untuk kita jugaaa. kalau yang bergaji sederhana, jangan pula terlebih semangat wajah simpan separuh terus. nanti kau juga yang garu kepala nanti! ingat, batu tu tak boleh dimakan tau. hehehe.

2. TABUNG MEMILIH.

~ actually maksud anna sini, sediakan tabung yang luar biasa. luar biasa? yupss! bukan tabung kita yang kita sumbat 10sen 20sen 50sen tu. tabung ni kita tetapkan duit apa yang WAJIB masuk dalam. contohnya, RM5. asal ada duit 5 ringgit, WAJIB MASUK DALAM TABUNG. no excuse. kalau pilih seringgit pun boleh. ikut suka hati. KORANG DILARANG KERAS BELANJAKAN DUIT YANG KORANG TETAPKAN UNTUK MASUK KE DALAM TABUNG. kalau nak cepat, cuba caraa ni. tapi kalau cepat pokai tak tanggung yeee. ini untuk yang semangatnya kuat! huhuhu.

Dua cara menabung yang boleh korang try. Tips sampingan untuk save money banyak laa. contohnyaa,
- listkan barang sebelum beli. anna ada sediakan buku budjet setiap bulan. contohilah anna. hahaha. tapi ikut ke tidak tu, hal masing masing yee. wkwkwk
- Tahan Nafsu. bisik pada diri "suhh syaitanirrojim. p main jauh-jauh. kalau mau itu ini beli sendiri. jangan goda aku" semoga diri insaf seketika. hahaha.

Beli apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita mahu. Ingat setiap harta kita akan dipersoalkan diakhirat nanti.

okay guys, itu saja untuk hari ini.. kalau korang nak share tips menabung boleh sajaaa. manatau esok esok boleh kayaa. hahaha. assalamualaikum alam maya's buddy :)

quiz : banyak banyak bunyi, bunyi apa paling best dengar?
answer : bunyi "grrrrrrrr" mesin atm. >.< hahahahaha