Walkie Talkie ! :)

May Allah blessed his soul and place him in Jannah.

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ

assalamualaikum semuaaa.

aku rasa masih belum terlambat untuk kita sedekahkan al-Fatihah pada insan yang kita hormati Tunku Laksamana @ TJ atas pemergiannya kepada Pencipta yang maha esa.

aku bukanlah rakyat Johor. tapi aku turut rasa sedih dengan berita kepergian Tunku.

al Fatihah.

"Mana nak cari anak raja yang sanggup berkerja sebagai pencuci kandang haiwan dalam zoo.. bergelumang dengan bau bauan yang tidak menyenangkan.. bergaul mesra dengan rakyat merhean..

Mana nak jumpa anak raja yang makan digerai tepi jalan.. senyum mesra menyapa rakyat dalam kesakitan..

Mana lagi nak aku temui anak raja yang selamba mencemar duli belajar kisar ABC dikaki lima..

TJ.. walau berdarah mulia masih mampu menunduk, masih mampu merendah..

Rehatlah TJ. puas sudah TJ menahan sakit dan lara didunia.semoga Allah memuliakan roh almarhum TJ di sana.

Terima Kasih ya Allah kerana meminjamkan kami seorang putera raja yang baik budi. Dalam sakit masih upaya memberi semangat. Dalam lemah masih memberi kekuatan. We love TUNKU LAKSAMANA. rakyat turut berduka cita" - NQ

***

- Kenapa orang baik selalu pergi dulu?
+ Kalau kamu ke taman lalu kamu nampak bunga yang cantik, apa yang akan kamu lakukan?'
- Saya akan petik bunga itu
+ Itulah perumpamaannya

***

Al-Fatihah. Mati itu pasti. semoga bahagia di sana Tunku.

May Allah blessed TJ soul and place him in Jannah. Aamiin.

aku minta Mawar. Allah beri Duri.

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ



aku minta pada Allah setangkai bunga yang segar, Dia bagi aku kaktus berduri.
aku minta kupu-kupu yang cantik, Dia beri aku ulat berbulu.

aku sedih dan kecewa...

namun kemudiannya kaktus itu berbunga. Indah sekali...
ulat berbulu bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik...

* * *

Itulah jalan Allah.Indah pada masanya.
Allah TIDAK memberi apa yang kita HARAPKAN. Tapi Dia ber apa yang kita PERLUKAN.
kadangkala kita sedih, kecewa, terluka.
kita jauh darinya. Tapi Allah sedang MENGATUR yang TERBAIK dalam hidup kita.

Bersangka baik pada segala rencana Allah :)

sampai di sini saja. ayat di atas mengajar kita untuk sentiasa positif. Think Good. Feel Good. Do Good. and Good Things will happend.

tulislah yang baik-baik. pasti ada orang yang membacanya. yang penting ada pahala disisi Allah. 

okay bye. assalamualaikum ! :)

Tips Sebelum Exam by UstazahComel.

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ

assalamualaikum dan selamat pagi dunia.

Hari ni tiba-tiba terrrajin pula menaip di hari menjelang exam. haha. sebenarnya entri hari ni adalah tips exam yang ustazah comel share hari tu lepas solat hajat. haaaa, kita bukanya free sangat. memangdangkan mata ni sudah sangat ayu dan rindu sang bantal, Anna share apa-apa yang patut dan berpatutan saja laa yaa? :D

1. Ingat Allah Selalu.

 Apa-apa keadaan sekalipun ingatlah Allah. Tuhan yang paling utama dan paling penting. Solat lima waktu. solat itu penting. jangan tinggal. Sentiasa dekatkan diri pada Tuhan supaya kita tidak terganggu dan tidak diganggu.

2. Minta Restu Mak Ayah / Ibu Bapa / Umi Abah / Mummy Daddy Korang.

Ingat restu allah ada pada restu ibu bapa kita. Minta doaa pada mereka sebab doa Ibu In Sha Allah akan di makbulkan Tuhan.
"tadi ustazah pun minta dua ibubapa supaya majlis kita berjalan dengan lancar "

3. kena USAHA.

Tuhan akan beri kemudahan dan pertolongan kepada kita. yang langsung tak berusaha pun Tuhan bagi tau. taaaaaaaapi, orang yang berusaha Tuhan bagi lebih sikit.
USAHA + DOA + TAWAKAL = In Sha Allah Berjaya :D

4. Restu Lecture anda.

Jangan lupa minta restu untuk halalkan semua ilmu yang mereka beri tu. semoga dipermudahkan segalanya.

5. al-Fatihah. ayatul Kursi.

Baca surah ni bila stress. ambil wudhu kalau mau lebih tenang.

Semoga Berjaya menjawab paper exam rakan sekalian ! May God Bless Us :)






quotes for today :

You thought you were the worst but it turns out you are the best. And you thought you were good enough but you are not. You can change your life. The hardest thing happen today to prepare you for the day you will fly even higher.
Iklan sekejap : HaHaHaHa
Ikhlas dari : Anna Strawberry :)