Walkie Talkie ! :)

Hidup Kita Bagai Roda Berputar...

Anna : Kerana aku suka menaip :)

          Berdakwah itu bukan menunjukan diri yang kita ini terlampau baik. bukan, tapi mengajak orang lain untuk berubah dan untuk menasihati diri kita juga.so janganlah salah paham yup. semua manusia itu layak untuk berubah dan di samping itu nak ajak orang lain ikut sekali. Samalah waktu kita belajar kan? mesti belajar bersama kawan-kawan dan berkongsi ilmu barulah ilmu itu bertambah berkat. dan mana ada orang itu nak berjaya tapi belajar sorang diri tanpa bantuan orang lain? ada ke? so tak salahlah untuk berdakwah. teruskan berbuat baik :) 


         Hidup ini umpama roda. Ada ketika semangat kita tinggi, ada ketikanya tidak. Ada ketika semuanya menjadi dan seolah-olah menyebelahi kita, ada ketika sebaliknya pula. Ada hari kita untung, ada hari pula kita rugi. Namun, apa sekali pun naik turun kita, biarlah umpama naik turunnya Harga Emas. Semakin lama nilainya semakin tinggi bukan semakin jatuh. 10 tahun yang lalu harganya jauh lebih rendah berbanding sekarang. Namun untuk mencapai nilai hari ini, ia melalui proses naik turunnya juga.
        Hidup kita selalu mengalami fasa perputaran. Kadang kita merasa bahwa, kita telah jatuh ke dalam lembah terdalam kehidupan. Terhempas dan merasa takkan pernah boleh bangkit lagi.
       Kadang kita memperoleh kesempatan, untuk merasakan manisnya berada di puncak. Lalu kita berharap: “ya Tuhanku, jangan Engkau biarkan aku jatuh lagi.” Padahal, roda kehidupan senantiasa berputar.
Bukankah kita dihadapkan pada sebuah masalah agar kita menyelesaikannya? Bukannya kabur untuk menghindarinya! Keberhasilan kita menghadapi masalah inilah, yang membuat kita menjadi orang yang lebih baik.

        Masalah? Hadapi dan ambil hikmahnya. Lakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya. Serahkan pada Tuhan sisanya, yang benar-benar tak boleh engkau tangani. Bukankah kau tahu bahwa Tuhan tak akan memberi masalah, yang tak boleh kita selesaikan? Tenanglah kawan. Hadapilah semua dengan senyuman.

Semoga Allah swt selalu bersama kita.;)










Namaku 'Duit'...

Cerita Sang 'duit'...

Nama aku DUIT, kadang orang panggil aku wang, fulus dan mcm-mcm lagi.  Rupa aku biasa je, badan aku lemah tapi aku boleh membuatkan satu dunia inginkan aku.  Aku juga boleh merubah sifat seseorang manusia, kerana  manusia mengidolakan aku.

Banyak orang merubah keperibadiannya, mengkhianati kawan, memutuskan persaudaraan, menjual maruah malahan meninggalkan keyakinan imannya, demi aku!  Aku tak mengerti perbezaan orang senang dengan orang susah, tetapi manusia memakai aku untuk dijadikan loncatan darjat menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina.      

Aku bukan Iblis, tapi seringkali manusia melakukan  kejahatan demi mendapatkan aku. Aku juga bukan orang ketiga, tetapi banyak suami isteri  bergaduh dan berpisah kerana aku. Anak dan ibubapa  berselisihan kerana aku. Sangat jelas juga aku bukan tuhan, tapi manusia  menyembah aku seperti tuhan, bahkan kerap kali hamba-hamba tuhan lebih menghormati aku, padahal seringkali kita diingatkan supaya jangan sesekali menjadi hamba duit. Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk sesiapapun, tetapi ramai orang yang rela mati demi aku.

Ingin aku ingatkan bahawa aku hanya boleh menjadi alat untuk membayar resit ubat, tetapi aku tidak mampu untuk memanjangkan jangka hayat hidup seseorang. Sedarkah anda, aku juga satu alat yang boleh membuatkan  kamu bersedekah dan memperolehi pahala dan  keberkatanNya. Kebanyakan orang sanggup bekerja demi aku siang dan  malam. Walhal, tidak kah mereka sedar bahawa aku sebaliknya boleh bekerja untuk mereka dengan lebih effisien lagi.

Andai aku digunakan untuk bersedekah, nescaya aku tidak  akan pernah putus dari kamu. Aku akan sering mendatangi kamu dengan keberkatan dari Nya. Gunakanlah aku ke jalan yang diredhai olehNya.

Yang benar, 
Duit..

:: Pilihan ditangan kita. Kita kejar duit dan belanjakan pada jalan yang kurang berfaedah. Tapi duit berpesan, jika kita sedekahkannya di jalan yang benar, ia akan datang sendiri pada kita...

Stay alive...

Dear Diary ...

I wont't ask you what was wrong or
why you had to do this...
but I'm asking you to live.
Even if dying is better than living, still live.

Staying alive is better.
Live and regret, live and suffer.

Its okey...
Everything is okey...
Everything will be okey from now on.