Walkie Talkie ! :)

"Pasangan Abadi"

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ

assalamualaikum ...

teringat pula pada pasangan yang sangat romantik masa praktikal dulu. nampak biasa pada mata kasar. tapi bila aku perhatikan mereka, aku tersenyum sendiri.

si suami menjaga isterinyaa yang terpaksa di tahan di ward untuk beberapa hari. kalau aku tak silap mungkin klien itu dalam lingkungan > 60 tahun. dari segi pakaian aku tahu mereka bukan dari keluarga yang senang. siang malam suami sentiasa di sisi. hatiku tergerak untuk tahu lebih lanjut kehidupan mereka, lebih dari apa yang tertulis pada file pesakit.

selepas sesi suai kenal hahaha, aku tanya asal mana. walaupun aku bukan penduduk sana tapi aku tahu tempat tu tak la jauh sangat. aku tanya anak mana, pakcik tu jawap kerjaa.

"tidak datang melawat ka?'' soalan itu pula yang keluar. mahu saja aku tampar mulut yang celupar ni. rasa bersalah sangat masa tuu.

pakcik senyum saja. "semuaa ada family sendiri sudah untuk di jagaa. lagipun semua anak pakcik jauhh"

aku hanya senyum. berfikir fikir mahu respon apa tapi aku buntu. rasa bersalah sangat ketika tu. banyak banyak benda yang boleh ditanya, soalan itu juga yang terkeluar.

bila makan tengah hari aku perhati pakcik tu. pakcik tu bahagikan makan tengah hari tu kepada duaa. yang satu di simpan dan yang satu lagi tu pak cik tu makan.

 'mungkin kurang selera' itu anggap ku pada mulanyaaa. bila aku hantar bekas makanan isterinya ke pantry ward, aku sempat bertanya pada pakcik tu kenpa dia bahagikan makanan tadi.

pakcik tu jawap, "untuk makan petang". aku terdiam sekejap, angguk dan senyum.

bila minum malam, isteri pakcik tu mungkin tiada selera makan, sebab Bun tadi diberikan pada pakcik tu. perkara yang sama, pakcik tu tetap bahagikan kepada duaa. aku tanya lagi perkara yang sama. busybodybetulkan.haha pakcik tu tetap beri jawapan yang sama, untuk tengah malam kalau lapar.

bila masa mahu tidur, pakcik tu uruskan isterinya. posisikan dan selimutkan. sebelum isteri nya tidur aku nampak seperti mereka sedang berceritaa. kadang isteri yang senyum, kadang suami yang tersenyum. agak lama juga aku perhatikan mereka. selepas isterinya betul-betul tidur, pakcik tadi bangun dari tempat duduknya dan mengusap kepada isterinya. dari jauh aku nampak bibir pakcik tu seolah olah berbisik 'semoga cepat sembuh'. selepastu barulah pak cik tadi bentangkan kain nipisnya di sisi katil isterinyaa.

aku tak tahu kenapa, tapi situasi itu sepeti mengajar aku banyak perkaraaa.

mungkin Tuhan mahu aku jadi anak yang baik. yang tahu menghargai orang tuaa. mungkin Tuhan mahu mengajarkan aku untuk sentiasa berfikiran positif. mungkin Tuhan mahu mengajarkan aku bahawa cinta sejati tu masih wujud di dunia yang kejam ini. mungkin Tuhan mahu mendidik aku untuk menghargai setiap detik kita bersama orang orang yang kita sayang.

fall in love is easy. everyone can do it. but stay forever will the one that you love is, not everyone can do. only the special one.
terima kasih pakcik, semoga menjadi pasangan yang sama sampai ke syurgaa :)

salam blogger,

anna :)

Heba El-Haddad ' s Quotes

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ

assalamualaikum warga alam mayaa. terlebih rindu pula hari ini. tiba-tiba rasa gatal sangat tangan nak menaip. sejak sesi praktikal yang sangat sangat busy, so hari ni kita santai laa dulu. bancuh secawan kopi, renung kipas yang tidak henti berputar kesian kau kipass and play some music. ohh its my fav song..*excited terus..

" You might be married to the worst man on earth, 
like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah). 

You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife,
yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. 

You might not be married at all,
like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth. 

Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives " 

Heba El-Haddad 

 blogwalking sekejap dekat blog dr. fatin. maniss saja orangnyaa :)

* assignment berlambak. escape sekejap dari duniaa student. haha. okei, gudbye. salam :)