Walkie Talkie ! :)

May Allah blessed his soul and place him in Jannah.

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ

assalamualaikum semuaaa.

aku rasa masih belum terlambat untuk kita sedekahkan al-Fatihah pada insan yang kita hormati Tunku Laksamana @ TJ atas pemergiannya kepada Pencipta yang maha esa.

aku bukanlah rakyat Johor. tapi aku turut rasa sedih dengan berita kepergian Tunku.

al Fatihah.

"Mana nak cari anak raja yang sanggup berkerja sebagai pencuci kandang haiwan dalam zoo.. bergelumang dengan bau bauan yang tidak menyenangkan.. bergaul mesra dengan rakyat merhean..

Mana nak jumpa anak raja yang makan digerai tepi jalan.. senyum mesra menyapa rakyat dalam kesakitan..

Mana lagi nak aku temui anak raja yang selamba mencemar duli belajar kisar ABC dikaki lima..

TJ.. walau berdarah mulia masih mampu menunduk, masih mampu merendah..

Rehatlah TJ. puas sudah TJ menahan sakit dan lara didunia.semoga Allah memuliakan roh almarhum TJ di sana.

Terima Kasih ya Allah kerana meminjamkan kami seorang putera raja yang baik budi. Dalam sakit masih upaya memberi semangat. Dalam lemah masih memberi kekuatan. We love TUNKU LAKSAMANA. rakyat turut berduka cita" - NQ

***

- Kenapa orang baik selalu pergi dulu?
+ Kalau kamu ke taman lalu kamu nampak bunga yang cantik, apa yang akan kamu lakukan?'
- Saya akan petik bunga itu
+ Itulah perumpamaannya

***

Al-Fatihah. Mati itu pasti. semoga bahagia di sana Tunku.

May Allah blessed TJ soul and place him in Jannah. Aamiin.

No comments: