Walkie Talkie ! :)

Sebenarnya, Allah rindukan kita...

Anna : Kerana Aku Suka Menaip ツ

Pernah tak tiba tiba rasa sebak? 
Pernah tak tiba tiba rasa sedih? 
Pernah tak tiba tiba rasa rindu? 


Tapi semua tak tahu kenapa? Tak tahu sebab apa? 


Itu tanda nya Allah rindu. Allah rindu rintihan DOA dan HAJAT kita. Cuba ingat balik. Bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita pada Allah?


Semalam? 
Kelmarin? 
Minggu lepas? 
Tak pernah langsung?  


Ingatlah. Allah sedang rindu.. 


Mungkin dengar nasihat, rasa teruntun hati tu. Padahal takda ayat touching pun. Tapi kita yang over over nak rasa sebak pulak. No no. Itu rasa Allah yang bagi . 


Cuba kalau...
Rasa sedih sebak nak menangis. 
Kita cepat cepat pergi toilet. 
Bukak paip dan amik wudhu'. Masa amik wudhu tu hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu. Konfem makin lebat hujan air mata. Sebab apa? Sebab nak pergi jumpa Allah ni. 


Hamparkan sejadah. Solatlah. Doalah. Mintalah. Allah dengar. Allah rindu tu. Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu


Nah. Lepas siap mengadu. Mesti rasa lega. Sebab Allah dah dengar rintihan kita. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang. 


Walaupun tiada bahu untu bersandar untuk melepaskan rasa sedih kecewa marah,
tapi.. kita masih ada lantai untuk bersujud. Kita masih ada Allah untuk di adukan segala masalah.


Okay. Jangan bersedih lagi. 
La tahzan. Innallaha ma'ana..


Sebarkan bahagia.


Moga Allah Redha

Wallahu'alam



Jika Allah tak bagi apa yang kita minta sekarang bukan bermakna Allah tak sayang kita. Allah rindu nak dengar kita meminta kepadanya. Menitiskan air mata demi pertolonganNya.
Percayalah kadang kala kita tak sedar bahawa Allah menunaikan permintaan kita dengan sesuatu yang lebih baik.
:: copy + edit + tambah sedikit. semoga bermanfaat :)

No comments: